Tug of War berjaya kumpul lebih $2,000

Oleh Daniel Lim

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mei – Sebanyak $2,128.65 telah berjaya dikumpulkan hasil daripada penyertaan dalam pertandingan Tug of War yang pertama kali diadakan anjuran kumpulan KB Bull Brothers and Fire Bravo 995 Tug of War Team pada awal bulan lalu.

Penyerahan sumbangan yang akan digunakan bagi kebajikan dana khas untuk anak-anak yatim di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panaga itu telah diserahkan oleh pengerusi pertandingan tersebut kepada Ketua Kampung Lorong Tiga Selatan Seria, Haji Saidin bin Haji Ibrahim.

Menurut pengerusi pertandingan serta ahli pasukan pertandingan tersebut bahawa pertandingan berkenaan antara lain bermatlamat bagi mengumpul dana untuk membantu golongan yang memerlukan khususnya anak-anak yatim.

Gambar serahan KB Bull Brothers and Fire Bravo 995 menunjukkan sumbangan diserahkan kepada Haji Saidin.