Tugas getir menanti Johnson

BERLIN, 21 OGOS – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson (bawah), mengadakan lawatan ke Berlin hari ini bagi memulakan perbincangan tegang bersama para pemimpin utama Eropah dan antarabangsa ketika ancaman Brexit tiada perjanjian semakin dekat.

Dalam lawatan asing pertamanya sejak mengambil alih pejabat, beliau dijangka cuba meyakinkan Canselor Jerman, Angela Merkel, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Khamis untuk mengadakan perbincangan semula elemen-elemen perpisahan tertunda UK dari Kesatuan Eropah (EU).

Kemudian pada hujung minggu, ketiga-tiga pemimpin akan bertemu Presiden AS, Donald Trump, penyokong Brexit dan Johnson; para pemimpin Kanada, Itali dan Jepun di Sidang G7 di Biarritz.

Johnson menegaskan bahawa Britain akan meninggalkan EU ada 31 Oktober, tidak kira sama ada berjaya berbaik dengan blok atau tidak, perkara yang boleh membawa kepada risiko pergolakan ekonomi.

Harapan yang tipis adalah 27 ahli EU yang lain membuat konsesi bagi mengelakkan Brexit tanpa perjanjian menyakiti penduduk dan syarikat-syarikat kedua-dua belah pihak.

Di Berlin, Johnson akan menerima penghormatan tentera sebelum mengadakan perbincangan dengan Merkel. Meskipun peluang untuk berjaya adalah tipis, kata seorang jurucakap Merkel, kedua-dua pemimpin yang pernah bercakap melalui telefon, “akan duduk bersama untuk membincangkan Brexit dan beberapa isu Eropah lain setentunya sangat berguna.”- AFP