Tugas getir United kekang serangan City

LONDON, 9 Nov – Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City berkebolehan untuk memastikan bahawa kebangkitan Manchester United sejak kebelakangan ini hanya sementara dengan melebarkan jurang 12 mata ke atas pesaing setempat itu pada Ahad ini.

Sementara itu, beberapa penghormatan telah dirancang ketika Leicester kembali beraksi ke Stadium King Power buat pertama kali sejak pemilik kelab tersebut, Vichai Srivaddhanaprabha dan empat yang lain terbunuh dalam satu tragedi nahas helikopter.

AFP Sport melihat kepada beberapa perkara penting untuk disaksikan dalam saingan EPL hujung minggu ini;

City intai kemenangan

Juara bertahan City hanya mendahului dua mata ke atas Chelsea dan Liverpool di tangga teratas, tetapi dilihat terus berusaha sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan tidak menunjukkan sebarang petanda akan tercicir dari kempen EPL mereka setelah memecahkan rekod dengan memperoleh 100 mata musim lalu.

Salah satu kekurangan dari musim lalu, adalah melepaskan peluang untuk memenangi gelaran dengan menewaskan United di Etihad ketika City mensia-siakan pendahuluan 2-0 pada separuh masa pertama untuk tewas 3-2.

Reaksi Jose Mourinho setelah Manchester United berjaya menewaskan Juventus dengan jaringan 2-1 di Stadium Allianz, Turin. – AFP

Sejak itu, United gagal untuk menamatkan kedudukan di tangga teratas dari City, dan sudah ketinggalan sembilan mata di belakang Citizen pada musim ini.

Bagaimanapun, pasukan di bawah kendalian Jose Mourinho juga didorong dengan keputusan terbaik mereka musim ini dengan kemenangan saingan liga ke atas Everton dan Bournemouth, sebelum bangkit menewaskan Juventus awal pagi Khamis lalu di Turin.

Kebimbangan pada bahagian pertahanan masih menghantui Mourinho, dengan United hanya mencatatkan satu perlawanan tanpa bolos dalam 10 perlawanan terakhir mereka.

Menghalang City dengan perkadaran empat gol dalam satu perlawanan di Etihad dalam persaingan EPL musim ini adalah tugasan penting.

Penghargaan buat Vichai

Dua minggu selepas helikopter Vichai terhempas di tempat letak kereta King Power sejurus selepas menyaksikan perlawanan Leicester di gelanggang sendiri menentang West Ham, Foxes sekali lagi akan memberikan penghormatan kepada Vichai yang membantu mereka menjulang gelaran juara EPL 2016.

Pemain-pemain Leicester, kakitangan dan para peminat bersatu untuk memberi penghormatan di Cardiff hujung minggu lalu sebelum para pemain berlepas ke Thailand untuk memberikan penghormatan mereka semasa pengebumian Vichai.

Lebih banyak penghormatan lagi akan dibuat sebelum sepak mula dengan dijangka 20,000 peminat akan menyertai acara berjalan kaki dari pusat Leicester City ke stadium untuk menghormati Vichai.

Perlawanan lain

Liverpool berazam untuk membuat perubahan bagi kekalahan dalam Liga Juara-Juara setelah tewas 2-0 di tangan Red Star Belgrade padapertengahan minggu ini dan mengancam kemaraan mereka ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Fulham akan berkunjung ke Anfield setelah tercicir ke tangga tercorot akibat lima kekalahan berturut-turut.

Sementara Chelsea akan menerima kunjungan Everton di Stamford Bridge, untuk meneruskan aksi tanpa kalah anak buah Maurizio Sarri pada musim ini. – AFP