Tugas Ivic bawa Watford kembali ke EPL

LONDON, 16 OGOS – Vladimir Ivic mengatakan setelah dilantik sebagai pengurus Watford, dia perlu menyesuaikan diri secepat mungkin dengan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) jika ingin membawa mereka kembali ke EPL.

Pengurus dari Serbia berusia 43 tahun itu menandatangani kontrak satu tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya pada tahun berikutnya dan menggantikan Nigel Pearson.

Pearson dipecat secara kontroversi bulan lalu dengan baki dua perlawanan musim EPL, dan Hayden Mullins gagal mempertahankan mereka sebagai pengurus sementara. Ia mengakhiri lima tahun kekal di peringkat teratas EPL dan merupakan finalis Piala FA 2019.

Ivic bekas jurulatih PAOK yang memenangi Piala Greece 2017 dan membimbing Maccabi Tel Aviv untuk merebut gelaran liga Israel berturut-turut dalam dua musim terakhir adalah pengurus keempat Watford dalam masa kurang dari satu tahun.

“Pertama sekali, dari awal saya mempunyai harapan besar terhadap diri saya dan staf pelatih saya,” kata Ivic kepada watfordfc.com. – AFP