TUI ‘optimis’ pelancongan pulih musim panas

BERLIN, 12 MEI – Syarikat gergasi pelancongan Jerman, TUI mengatakan hari ini ia ‘optimis’ mengenai pemulihan pada musim panas walaupun mengalami kerugian besar sekali lagi antara Oktober dan Mac.

“Prospek awal musim panas 2021 membuat saya optimis terhadap pelancongan dan TUI,” kata CEO syarikat itu, Fritz Joussen dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa prospeknya ‘jauh lebih baik’ daripada awal pandemik pada tahun 2020.

Syarikat Jerman itu mengatakan bahawa ‘peningkatan vaksinasi dan konsep ujian’ akan membolehkan permulaan yang selamat untuk pelancongan di Eropah.

Ia telah menerima 2.6 juta tempahan untuk musim panas mendatang, dengan ‘tempahan baharu meningkat dua kali ganda sejak April’.

Destinasi negara-negara Mediterranean seperti Greece dan kepulauan Balearic adalah destinasi paling popular, kata TUI, sambil menambah bahawa terdapat potensi besar ketibaan pelancong dari England. – AFP