Aksesori mungkin nampak sahaja kecil bagi sesetengah orang tetapi mampu untuk meningkatkan penampilan lelaki moden.
Tanpa mengira sama ada awda ke mesyuarat penting, makan malam santai atau keluar bersama rakan, aksesori yang tepat mampu menaikkan keyakinan dan gaya awda ke tahap yang lebih tinggi. Berikut adalah tujuh aksesori asas yang wajib dimiliki oleh setiap lelaki.
1. Jam tangan
Jam tangan adalah simbol keperibadian dan gaya. Ia bukan sekadar alat untuk menunjukkan waktu tetapi juga satu pernyataan tentang siapa awda.
Pilih jam tangan yang sesuai dengan gaya hidup awda sama ada tali kulit atau logam untuk acara rasmi dan jam digital atau sukan untuk gaya santai.
Rekaan minimalis adalah pilihan terbaik kerana ia sesuai untuk pelbagai gaya pakaian.
2. Dompet kulit
Dompet kulit pula adalah aksesori harian yang penting. Pilih dompet kulit berkualiti dalam warna klasik seperti hitam atau coklat untuk memberikan kesan matang dan profesional.
Dompet yang ideal mestilah praktikal, nipis dan mempunyai ruang mencukupi untuk kad dan wang tunai tanpa kelihatan terlalu tebal.
3. Tali pinggang
Tali pinggang juga tidak boleh diabaikan kerana ia adalah pelengkap penting, terutamanya untuk pakaian rasmi.
Pilih tali pinggang kulit berwarna neutral seperti hitam atau coklat dan pastikan warnanya sepadan dengan kasut awda untuk penampilan yang lebih rapi dan profesional.
4. Kaca mata hitam
Kaca mata hitam adalah aksesori pelengkap gaya yang juga melindungi mata daripada sinaran UV.
Bingkai aviator dan wayfarer adalah pilihan klasik yang sesuai untuk kebanyakan bentuk wajah.
Pastikan kaca mata hitam awda mempunyai perlindungan UV penuh untuk menjaga kesihatan mata.
5. Kasut kulit
Untuk acara rasmi atau kasual, sepasang kasut kulit berkualiti adalah pelaburan yang sangat berbaloi.
Kasut jenis Oxford sesuai untuk majlis rasmi, manakala loafer adalah pilihan tepat untuk gaya santai namun tetap bergaya.
Warna hitam dan coklat adalah pilihan serba guna yang mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian.
6. Beg sandang
Lelaki moden juga memerlukan beg yang praktikal dan bergaya.
Beg sandang kulit sesuai untuk gaya rasmi, manakala tote bag dengan rekaan minimalis adalah pilihan sempurna untuk gaya kasual.
Pilih warna neutral seperti hitam, kelabu atau biru laut untuk memastikan ia mudah dipadankan dengan pakaian harian awda.
7. Minyak wangi
Minyak wangi adalah sentuhan akhir yang penting untuk melengkapkan penampilan.
Pilih minyak wangi yang sesuai dengan personaliti awda seperti haruman citrus atau segar untuk kegunaan harian dan woody atau spicy untuk acara malam.
Ingat, semburan yang sedikit tetapi tepat pada pergelangan tangan dan leher sudah memadai untuk meninggalkan kesan positif.
Aksesori mencerminkan siapa diri awda dan merupakan pelaburan dalam gaya dan keyakinan diri. – Agensi