PORTO, 23 MAC – Tujuh ditahan kerana tidak mematuhi perintah darurat, memetik Menteri Pentadbiran Dalam Negeri Portugal Eduardo Cabrita pada Ahad lapor agensi berita Xinhua.
Satu kes membabitkan seorang lelaki yang juga pesakit COVID-19, ditahan di Porto, bandar kedua terbesar di Portugal. Enam lagi kes kerana “tidak mematuhi arahan pasukan keselamatan.” katanya. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun dan denda harian sehingga 120 hari. – Bernama