Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Tujuh kes perlu bantuan mesin pernafasan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Tujuh kes COVID-19 pada masa ini berada dalam kategori 5 yang memerlukan bantuan mesin pernafasan dan sedang dirawat di unit rawatan intensif, sementara enam kes dalam kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku wakil Menteri Kesihatan memaklumkan sebanyak 4,220 kes baharu dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 67,762 orang. “Daripada jumlah kes baharu ini, 3,614 adalah hasil ujian pantas antigen (ART) yang telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth, manakala 606 adalah daripada 4,016 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu,” jelasnya.

    Yang Berhormat Dato turut mengongsikan sebanyak 2,701 kes disahkan sembuh hari ini yang membawa jumlah keseluruhannya kepada 36,213 kes dengan 31,422 kes aktif.

    Manakala itu, seramai 31,167 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah, tambah beliau.

    Menyentuh mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan, Yang Berhormat Dato berkata, setakat kelmarin, sebanyak 54.4 peratus penduduk telah menerima tiga dos vaksin manakala kadar satu dan dua dos adalah masing-masing melebihi 94 peratus.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...