Tujuh maut akibat terperangkap

BEIJING, 16 Dis – Tujuh orang pelombong dan tiga yang lain cedera dalam satu kemalangan yang berlaku di sebuah perlombongan arang berdekatan barat daya China, menurut laporan media setempat.

Kemalangan tersebut berlaku pada sekitar jam 6 petang waktu setempat semalam selepas segmen saluran perlombongan pecah, menyebabkannya terjatuh menjunam ke bawah saluran perlombongan, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Tiga orang pelombong yang tercedera telah dikejarkan ke hospital berikutan kemalangan yang berlaku di barat daya perbandaran Chongqing.

Sementara, punca kejadian masih disiasat.

Kemalangan perlombongan yang membawa maut sudah menjadi perkara biasa berlaku di China, di mana industri berkenaan memiliki rekod keselamatan yang lemah sekalipun usaha meningkatkan kondisi pengeluaran arang dan tindakan keras ke atas perlombongan haram.

Pada Oktober lalu, 21 orang pelombong maut di timur wilayah Shandong selepas tekanan di dalam lombong mengakibatkan batuan pecah, menghalang laluan dan memerangkap para pekerja berkenaan. Hanya seorang pelombong sahaja berjaya diselamatkan.

Pada Disember 2016, letupan yang berlaku di dua buah lombong arang di tempat berasingan di rantau Mongolia Dalam dan timur laut wilayah Heilongjiang telah mengakibatkan kira-kira 59 orang terbunuh.

Menurut Pentadbiran Keselamatan Lombong Arang Kebangsaan China, negara berkenaan telah merekodkan kematian berkaitan lombong arang sebanyak 375 orang, berkurang 29.7 peratus tahun ke tahun.

Namun begitu, di sebalik kemajuan, “situasi pengeluaran keselamatan lombong arang masih suram,” menurut kenyataan biro berikutan sidang keselamatan lombong arang pada Januari. – AFP