Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Tujuh maut helikopter terhempas

    DEHRADUN, INDIA, 18 OKT – Tujuh orang maut apabila sebuah helikopter yang membawa penziarah Hindu dari sebuah kuil di Himalaya India terhempas di pergunungan, hari ini.

    Juruterbang dan enam orang penziarah Hindu maut apabila helikopter terhempas semasa penerbangan dari kuil Kedarnath, menurut pegawai respons bencana, Nanda Singh Rajwar kepada AFP semasa di kawasan nahas.

    Punca nahas masih belum diketahui, jelas Rajwar.

    Kuil Kedarnath terletak di ketinggian 3,584 meter di negeri utara Uttarakhand dan menjadi tumpuan penziarah Hindu dari seluruh India pada musim panas, apabila kawasan itu boleh dilalui.

    Kuil tersebut merupakan salah sebuah kuil terpenting bagi penganut Hindu yang terletak di Himalaya India.

    Menteri Penerbangan Awam India, Jyotiraditya Scindia berkata melalui Twitter bahawa kemalangan itu ‘sangat malang’ dan pihak kementerian ‘sedang menentukan kerugian’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...