DHAKA, 2 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan puluhan yang lain lagi mengalami kecederaan selepas ribut teruk melanda bahagian Bangladesh semalam dalam beberapa jam, kata seorang pegawai semalam.
Kematian tersebut, menurut pegawai itu, melibatkan empat orang di daerah Rajshahi, kira-kira 256 km barat Dhaka.
Tiga daripada mangsa Rajshahi meninggal dunia akibat kecederaan mereka di Hospital Kolej Perubatan Rajshahi semalam, kata seorang pegawai polis yang enggan namanya disiarkan.
Beliau berkata kejadian ribut itu telah menyebabkan banyak kemusnahan, mencabut beratus-ratus pokok dan mengakibatkan berlakunya tanah lumpur di daerah ini serta menyekat jalan dan rel komunikasi di kawasan yang terjejas.
Tiga yang lainnya pula telah dilaporkan terbunuh di daerah Chapainawabganj, kira-kira 302 km barat laut ibu negara Dhaka semalam dalam insiden kilat dan kemusnahan.
Ribut tersebut, bagaimanapun, merupakan satu rahmat kepada berjuta-juta rakyat Bangladesh selepas mengalami cuaca panas yang melanda negara itu.
Bangladesh mengalami kejadian puting beliung teruk dan ribut dari Mac hingga pertengahan Mei menjelang musim tengkujuh empat bulan. – Xinhua