Tujuh maut ribut di Sepanyol

BARCELONA, 23 JAN – Jumlah kematian akibat ribut yang melanda Sepanyol dengan angin kencang dan salji lebat telah meningkat kepada tujuh, manakala empat lagi hilang, kata pegawai.

Angin kencang dan ombak besar telah menghentam bandar-bandar pinggir laut, merosakkan banyak kedai-kedai dan restoran, merosakkan kemudahan pantai dan membanjiri sebahagian jalan-jalan di timur negara sejak Ahad lalu. Mangsa terbaharu, seorang lelaki yang jatuh ke laut di pelabuhan timur laut Palamis, perkhidmatan kecemasan berkata kelmarin.

Pihak polis menemui satu mayat kelmarin di dalam kawasan banjir di wilayah timur Valencia yang kelihatan seperti seorang lelaki tua berusia 67 tahun yang hilang dalam keretanya, kata jurucakap polis tempatan.

Dua kematian dicatatkan di wilayah selatan Andalusia, antaranya seorang petani berusia 77 tahun terbunuh selepas rumah hijau runtuh menimpanya akibat ribut hujan batu.

Manakala, empat lagi dipercayai hilang selepas ribut Gloria melanda timur Sepanyol pada Ahad dengan kelajuan angin lebih daripada 100 kilometer (60 batu) sejam, ombak besar, salji dan hujan batu.

Agensi cuaca kebangsaan, Aemet berkata rebut mula berlaku pada Rabu walaupun ia memberitahu wilayah timur laut Catalonia dan Pulau Balearic untuk berwaspada.

Di Selatan Perancis, 1500 orang dipindahkan apabila dua sungai dengan cepat dipenuhi air pada Rabu.

Ahli meteorologi berkata hujan akan berterusan hingga Khamis, dengan intensiti berbeza di paling selatan Mediterranean, Perancis, jabatan Pyrenees-Orientales dan Aude. – AFP

Hotel W Barcelona digambarkan di dalam kabus ketika ombak besar melanda pantai El Bogatell di Barcelona ketika ribut Gloria membadai pantai timur Sepanyol. – AFP