Tujuh menangi gajet Apple

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Tujuh orang klien Standard Chartered (StanChart) telah membawa pulang gajet-gajet Apple bernilai sehingga $12,700 dalam bulan terakhir Kempen Mobile Acceleration bersempena dengan penganugerahan Best Digital Bank oleh Global Finance kepada bank berkenaan buat kali ke-7.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh StanChart, di sini, hari ini, hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Perbankan Perniagaan, Swasta dan Pengguna, Jocelane Basir dan Ketua Digital dan Produk Runcit, Jacky Teo pada majlis yang berlangsung di cawangan Gadong, bank berkenaan.

Kenyataan menyatakan bahawa hadiah pertama iaitu Apple iMac 27 inci dimenangi oleh Ng Swee Choo, hadiah kedua iaitu iPhone 12 Pro Max dimenangi oleh Tan Shi Wei, hadiah ketiga iaitu iPhone 12 Pro dimenangi oleh Awang Abdul Kali Anwar Basha, hadiah keempat iaitu iPhone 12 dimenangi oleh Siti Khalillah binti Haji Hussin, hadiah kelima iaitu Apple iPad Mini dimenangi oleh Noureddine Chakkouri Laroussi, hadiah keenam iaitu iPad Air dimenangi oleh Lee Pei Yuen dan hadiah ketujuh iaitu Apple Watch Series 6 dimenangi oleh Awang Mohd Yusree bin Mohd Yusainey.

Jocelane Basir dan Jacky Teo bergambar ramai bersama para pemenang bulan terakhir Kempen Mobile Acceleration yang diadakan di cawangan Standard Chartered Gadong, baru-baru ini. – Gambar serahan StanChart