Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tujuh pegawai PPDB naik pangkat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, tujuh orang pegawai polis telah dinaikkan pangkat berkuat kuasa pada 15 Februari.

    Majlis kenaikan pangkat telah diadakan di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), hari ini, dan dihadiri oleh Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali bersama datin.

    Turut hadir ialah timbalan pesuruhjaya polis, pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan dan ahli keluarga pegawai yang diraikan.

    Pegawai-pegawai PPDB yang diraikan terdiri daripada dua pegawai yang dinaikkan pangkat ke penguasa kanan polis, dua orang pegawai dinaikkan pangkat ke penguasa polis, seorang pegawai dinaikkan pangkat ke ketua inspektor polis dan dua orang pegawai lagi dinaikkan pangkat ke inspektor kanan.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh APO Staf Sarjan 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar, selaku imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

    Pesuruhjaya Polis semasa menyempurnakan majlis kenaikan pangkat tujuh pegawai polis pada acara di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat PPDB.- Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...