Tujuh penyeludup tupai diberkas

MIAMI, 21 OKT – Tujuh penyeludup tupai ditahan di negeri Amerika Syarikat (AS) Florida selepas menangkap ribuan haiwan tersebut dengan nilai berjumlah lebih daripada AS$1 juta.

Ekoran siasatan selama 19 bulan, Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC) mengumumkan pada Isnin ia telah memberkas tujuh individu setakat ini tetapi penangkapan tambahan bakal dilakukan.

Berikutan aduan pada Januari 2019, suruhanjaya mendapati sehingga 3,600 tupai telah pun ditangkap dalam 10,000 perangkap di seluruh negeri Florida, kata FWC.

Di bawah skim itu, tupai, yang merupakan haiwan liar dilindungi di Florida tetapi dijual sebagai haiwan peliharaan di dunia, diburu dan diseludup sebelum dijual kepada pembeli Korea Selatan.

Siasatan mendedahkan peniaga di Florida yang membeli tupai daripada pemburu dan mendakwa ia telah dilahirkan di zoo, memperoleh AS$213,800 untuk haiwan berkenaan.

Menurut FWC, tupai itu, yang dikumpul dalam tempoh kurang tiga tahun, mempunyai nilai antarabangsa lebih daripada AS$1 juta.

Dakwaan yang dilemparkan ke atas tujuh individu tersebut termasuk penyeludupan, penggubahan wang dan penipuan. – AFP