Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Tujuh premis gagal patuhi Akta Kawalan Harga

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengambil tindakan ke atas tujuh buah premis perniagaan kerana gagal mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan peraturan-peraturan di bawahnya sepanjang Oktober lalu.

    Dalam pemeriksaan rutin harian yang dilaksanakan sepanjang bulan itu, enam buah premis perniagaan telah didapati menjual beberapa jenis minyak masak melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

    Manakala itu, sebuah premis lagi didapati tidak memaparkan tanda harga pada beberapa jenis sayuran dan buah-buahan yang dijual.

    Berikutan itu, lima notis amaran telah dikeluarkan ke atas premis-premis terbabit, manakala itu, dua syarikat dikenakan tindakan kompaun.

    Dalam kenyataannya, JPES mengingatkan para peniaga untuk sentiasa bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan yang beretika dan sentiasa mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 khususnya melibatkan barangan yang dikawal harga bagi tidak dijual melebihi harga maksimum yang ditetapkan serta memastikan barangan yang dijual sentiasa dipamerkan tanda harga yang jelas, tepat dan tidak mengelirukan.

    Maklumat harga maksimum bagi barangan yang dikawal harga boleh diperolehi dalam aplikasi mudah alih PenggunaBijak dan laman sesawang JPES di www.deps.gov.bn/cad.

    Sebarang pertanyaan atau aduan pengguna berkaitan Akta Kawalan Harga, Penggal 142 boleh disalurkan ke JPES melalui aplikasi PenggunaBijak, Talian Darussalam 123 atau e-mel kepada aduanpengguna@jpes.gov.bn dengan menyertakan dokumen sokongan seperti resit pembayaran dan gambar sebagai bukti.

    Pegawai penguat kuasa JPES semasa membuat pemeriksaan rutin di salah sebuah premis perniagaan. – GAMBAR SERAHAN JPES
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...