Friday, December 2, 2022
30.8 C
Brunei

-

Tujuh saudara baru dapat hidayah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 29 Dis – Sinar Islam di negara ini terus berkembang apabila tujuh orang termasuk lima sekeluarga melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman di dua tempat berasingan di sini, hari ini.

Majlis pengislaman seorang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laskar Muda (LsM) Armizam bin Yaping, bersama abangnya, Armirol bin Yaping yang merupakan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat telah diadakan di kediaman ibu bapa mereka di Kampung Bukit Beruang, Tutong, petang tadi.

Hadir menyaksikan pengislaman dua beradik berkenaan ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit selaku Penghulu Mukim Telisai; Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad; Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain; pegawai-pegawai ABDB dan Pusat Dakwah Islamiah (PDI) serta keluarga.

LsM Armizam, TLDB yang kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Armizan bin Abdullah Yaping merupakan anggota ABDB yang kelima memeluk Islam pada tahun ini. Sementara itu, abangnya kini dikenali sebagai Muhammad Armirol bin Abdullah Yaping.

Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih dan Yang Berhormat Haji Ramli ketika hadir di majlis pengislaman LsM Armizam dan abangnya, Awang Muhammad Armirol di Kampung Bukit Beruang, Tutong.
Majlis pengislaman lima orang sekeluarga berbangsa Dusun di RPN Bukit Beruang.
Antara tetamu yang hadir di majlis pengislaman lima orang sekeluarga di RPN Bukit Beruang.

Ketika ditemu bual, LsM Armizam memberitahu bahawa beliau memilih agama Islam kerana menganggap Islam sebagai agama yang suci dan kebanyakan ajaran-ajaran yang dibawa adalah membawa kepada kebaikan.

Di sini, beliau tertarik dengan agama Islam sebagai agama pegangannya dan berharap beliau akan mendalami Islam dengan mengikuti kursus-kursus keagamaan yang dikendalikan oleh PDI.

Manakala itu, majlis pengislaman seorang anggota Pasukan Polis Diraja Brunei bersama keluarganya yang berbangsa Dusun pula telah diadakan di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang dan hadir menyaksikan majlis penuh keberkatan itu ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Mohd Irwan bin Haji Hambali.

Dengan majlis pengislaman itu, Kupun /Kupon bin Lakim, bapa kepada lima orang anak, kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Khairul Amirin bin Lakim, manakala itu, isterinya, Rineh binti Likap dikenali sebagai Nur Rahwani binti Abdul Yaakub.

Tiga orang anak perempuannya, Rozeysuzairianey memilih nama Islamnya sebagai Nur Zahirah Zi’ Zaryannie binti Mohd Khairul Amirin, Rozeysuzainey sebagai Rozey Khadijah binti Mohd Khairul Amirin dan Rozeysuzulianey sebagai Na’imi Mahfuzah Elyanie.

Turut hadir pada majlis pengislaman keluarga berkenaan ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu dan Yang Berhormat Haji Ramli; Pegawai Daerah Tutong, bersama pengarah-pegarah dan ketua-ketua jabatan di bawah Pasukan Polis Diraja Brunei.

Mengikut statistik PDI cawangan Tutong, seramai 112 orang telah memeluk Islam di Daerah Tutong sepanjang tahun 2017 sehingga kini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -