Wednesday, February 1, 2023
27.2 C
Brunei

-

Tujuh terbunuh dalam nahas jalan raya di Jawa Tengah

JAKARTA, 5 SEPT – Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan enam yang lain cedera dalam nahas di jalan tol di wilayah Jawa Tengah, Indonesia, pagi hari ini, menurut polis.

Kemalangan maut yang melibatkan sebuah van mini yang membawa 13 penumpang dan sebuah trak dengan seorang pemandu itu berlaku di sebatang jalan tol yang menghubungkan kawasan Batang dengan wilayah ibu kota Semarang sekitar 7:30 pagi waktu setempat.

Ia berlaku apabila van mini berkenaan yang menuju Semarang melanggar bahagian belakang sebuah trak yang dalam haluan sama. Van mini itu membelok dengan tiba-tiba dan masuk parit, jurucakap Polis Jawa Tengah, Iqbal Alqudusy memberitahu media setempat.

Semua mangsa dikejarkan ke hospital-hospital berdekatan bagi mengenalpastian lanjut.

Pihak polis mengesyaki pemandu van mini itu tertidur sebelum nahas. – Xinhua

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -