Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tujuh terbunuh dalam operasi polis Mexico

    BANDAR MEXICO, 3 JAN – Tujuh orang telah terbunuh kelmarin di utara Mexico, Ciudad Juarez semasa operasi polis untuk menangkap semula banduan-banduan yang melarikan diri selepas serangan di penjara berkenaan, umum pihak berkuasa tempatan.

    Lelaki bersenjata telah menyerang penjara berkenaan pada awal pagi Ahad, menyebabkan hampir 20 orang terbunuh dan membenarkan banduan-banduan, termasuk ketua geng untuk melarikan diri.

    Kematian pada Isnin – dua orang ejen daripada pejabat pendakwa raya dan lima penjenayah, meningkatkan jumlah kematian yang berkaitan dengan serangan kepada 26, menurut kenyataan daripada Jabatan Keselamatan Awam Chihuahua.

    Menteri Pertahanan, Luis Cresencio Sandoval sebelum itu memberitahu wartawan bahawa 10 pengawal, tujuh banduan dan dua penyerang telah meninggal dunia pada serangan hari Ahad di penjara, yang telah dikaitkan dengan pengedar dadah.

    “Seramai 14 banduan dan seorang pengawal telah tercedera, manakala lima penyerang telah berjaya diberkas,” kata Sandoval.

    “Manakala 25 orang yang melarikan diri termasuk Ernesto Alfredo Pinon, yang dikenali sebagai ‘El Neto’, ketua geng yang bersekutu dengan kartel dadah Juarez,” kata Menteri Keselamatan, Rosa Icela Rodriguez. – AFP

    Pengawal Kebangsaan Mexico berjaga-jaga di lokasi dua orang pegawai polis terbunuh di Ciudad Juarez, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...