KANO, NIGERIA, 25 DIS – Kumpulan Boko Haram membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dalam serangan pada malam Krismas ke atas sebuah kampung di timur laut Nigeria, sumber tempatan memberitahu AFP hari ini.
Agensi keselamatan kebelakangan ini memberi amaran peningkatan risiko serangan semasa cuti Krismas.
Pejuang menaiki trak dan motosikal menyerang Pemi, kampung yang kebanyakannya dihuni oleh penduduk beragama Kristian di wilayah Borno, kelmarin, menembak ‘tanpa belas kasihan’ dan membakar tempat tinggal, kata Abwaku Kabu, pemimpin militan.
Di kebanyakan kawasan di Nigeria, komuniti terpaksa menyerahkan pertahanan diri kepada militan bersenjata, yang bekerjasama dengan pihak tentera.
“Pengganas membunuh tujuh orang, membakar 10 buah kediaman dan merampas bekalan makanan yang sepatutnya diagihkan kepada penduduk bagi menyambut Krismas,” kata Kabu.
Mayat ditemui hari ini, pemimpin komuniti tempatan, Ayuba Alamson berkata, jumlah kematian meningkat kepada tujuh.
Angka tersebut mungkin meningkat ketika penduduk kampung melarikan ke kawasan semak semasa serangan dan masih ada yang belum dapat dikesan.
Penyerang merampas bekalan perubatan dari hospital sebelum membakarnya, menurut ketua militan, menambah bahawa mereka turut membakar gereja dan menculik seorang paderi.
Kampung yang terletak hanya 20 kilometer dari Chibok, di mana Boko Haram menculik lebih dari 200 orang pelajar sekolah enam tahun lalu. – AFP





























