Tujuh terkorban pesawat terhempas

TORONTO, 29 NOV – Sekurang-kurangnya lima warga Amerika Syarikat (AS) dan dua dari Kanada terbunuh selepas sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan hutan

berhampiran Tasik Ontario di utara Kanada, kata agensi keselamatan pengangkutan Kanada semalam.

Penyiasat, Lembaga Keselamatan Pengangkutan (TSB), Ken Webster dalam sidang akhbar berkata pesawat satu enjin Piper PA-32 yang didaftarkan di AS berlepas dari Lapangan Terbang Buttonville, Toronto menuju ke Quebec City namun terhempas ketika menghampiri lapangan terbang Kingston, Ontario, kelmarin pada jam 5 petang waktu tempatan.

Pasukan perkhidmatan kecemasan, termasuk polis yang menaiki kenderaan pelbagai guna dan pasukan tentera serta helikopter penyelamat telah dikerah ke lokasi nahas.

“Lima warga Amerika dan dua orang Kanada berada di dalam pesawat itu,” beritahu jurucakap TSB Nora Vallee kepada wartawan.

Media Kanada melaporkan juruterbang berkenaan berasal dari Texas dan pesawat itu membawa penumpang terdiri daripada teman wanitanya bersama tiga kanak-kanak berusia tiga, 11 dan 15 tahun serta dua warga Kanada. – AFP

Kakitangan bekerja di tapak nahas kapal terbang di Kingston, Ontario, pada 28 November, tatkala polis dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan meneruskan siasatan dalam kejadian itu. – AP