Tujuh tuduhan baharu

KUALA LUMPUR, 26 JUN – Bekas timbalan perdana menteri Malaysia di bawah bekas perdana menteri Najib Razak, telah dikenakan tujuh lagi pertuduhan rasuah baharu hari ini kerana didakwa menerima kira-kira AS$3 juta berupa rasuah.

Ahmad Zahid Hamidi, yang kini pemimpin pembangkang merupakan orang penting dalam rejim sebelumnya, kini berdepan dakwaan dengan sejumlah 54 pertuduhan rasuah sejak kerajaan campurannya hilang kuasa tahun lepas.

Pertuduhan baharu itu dikaitkan dengan dakwaan dia menerima Sg$4.2 juta pada tahun 2017 dan 2018 dari sebuah syarikat sebagai pertukaran untuk melanjutkan kontrak mereka bagi mengeluarkan visa.

Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan itu semasa satu perbicaraan mahkamah di Kuala Lumpur dan dibebaskan dengan ikat jamin. Jika didapati bersalah, dia mungkin dijatuhkan hukuman penjara yang sangat lama.

Dia juga berdepan 33 lagi pertuduhan di mahkamah Khamis ini kerana didakwa menerima AS$10 juta berupa sogokan, menurut agensi anti-rasuah.

Ahli politik veteran itu merupakan presiden UMNO, orang penting dalam parti campuran yang telah memerintah Malaysia sejak kemerdekaan 1957 sehingga kekalahan mengejut pada pilihan raya tahun lepas.

Tetapi dia diberi cuti sejak kali pertama didakwa pada Oktober. – AFP

Ahmad Zahid Hamidi (kiri) berdepan tujuh lagi pertuduhan baharu kelmarin. – AFP