Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tukang jahit ditahan susulan serangan seksual bersiri

    NEW DELHI, 16 Jan – Polis India hari ini berkata, mereka telah memberkas seorang lelaki yang dituduh melakukan banyak serangan seksual ke atas gadis-gadis di Delhi, dengan mendedahkan dia telah diberkas atas tuduhan serupa tahun lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin.

    Polis telah memberkas tukang jahit, Sunil Rastogi, 38 tahun di Delhi pada Sabtu lalu ekoran aduan daripada mangsa-mangsa yang disyaki dan kajian ke atas rakaman CCTV, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Omvir Singh Bishnoi memberitahu AFP.

    Suspek kerap pergi ke Delhi dari rumahnya di utara negeri Uttarakhand dan menyasarkan gadis-gadis di bandar itu apabila mereka meninggalkan sekolah pada akhir pembelajaran,” katanya.

    Bishnoi berkata, Rastogi telah didakwa dengan kesalahan serupa di Uttarakhand pada tahun 2016 tetapi

    dibebaskan dengan ikat jamin, tanpa memberikan butiran lanjut.

    “Dia mengakui telah cuba melakukan serangan seksual ke atas lebih 100 gadis sejak 2004.

    Pihak polis telah mendaftarkan lapan kes, kami sedang menjalankan siasatan,” menurutnya lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda