Tukar kain sisa jadi ‘emas’ kitar semula

OUIDAH, BENIN – Setiap pagi, Amake Yessoufou membuat rondaan ke bengkel jahitan Ouidah, sebuah bandar kecil pinggir pantai di selatan Benin, dan mengumpul sisa kain yang digunakan oleh tukang jahit untuk membuat pakaian.

Jika dahulu kain sisa menyumbat longkang Ouidah, tetapi Yessoufou sebahagian yang berusaha untuk mengubah budaya itu dan memanfaatkan bahan kitar semula sepenuhnya.

Apabila Yessoufou menamatkan rondaannya, lelaki berusia 28 tahun itu, yang pekak dan bisu, menyertai bengkel ‘Colour Indigo’, sebuah projek mengubah fabrik sisa menjadi objek hiasan.

Mengupah kira-kira 30 orang, termasuk 10 yang kurang upaya, projek itu telah mengumpul pengikut setia dan juga menjual beberapa objek ke luar negara.

“Saya tidak pernah membayangkan sisa kain boleh berguna. Pada mulanya, saya kagum dan hairan tetapi selepas itu, saya faham sisa tekstil bernilai emas jika ia dikitar semula,” kata Lucrece Sossou, seorang tukang jahit tempatan.

Kelihatan seorang pekerja membuat perhiasan di bengkel Colour Indigo, sebuah projek mengubah fabrik sisa menjadi objek hiasan, di Ouidah. – AFP
Anne-Marie Afoutoutou (kiri) menjalin kepingan kain yang disusun mengikut warna di bengkel Colour Indigo. – AFP
Antara barang perhiasan yang dibuat daripada sisa fabrik. – AFP

Di bengkel, Anne-Marie Afoutoutou meninggalkan kerusi rodanya di kaki timbunan sisa kain. Di atas kerusi kayu kecil, dia menjalin kepingan pakaian yang disusun mengikut warna. Sepanjang hari, timbunan fabrik hilang dan pelbagai jenis objek terbentuk, dari alas dan permaidani hingga anting-anting, dijual pada harga antara tujuh dan 40 euro satu.

Seorang pelanggan ‘Colour Indigo’, Marcel Adjananohoun, ketua beberapa hotel di Ouidah, destinasi pelancongan 40 kilometer di sepanjang pantai dari ibu kota ekonomi, Cotonou berkata, “Ini adalah objek yang banyak membantu saya, jadi saya menggunakannya untuk menghias hotel saya,” jelas usahawan itu.

Jalinan cebisan kain untuk membuat objek telah mengubah kehidupan pekerja dengan ketara, yang kebanyakannya menggunakan tongkat atau kerusi roda.

Bertentangan dengan pendapat sesetengah pihak, bekerja dengan orang kurang upaya tidak menjejaskan produktiviti syarikat dalam apa cara sekalipun, kata Nadia Adanle, pengurus perniagaan.

Terima kasih kepada kerjanya, Afoutoutou “akhirnya boleh menyediakan keperluannya”, sedangkan sebelum ini, katanya, dia “tidak boleh menyediakan apa-apa”.

“Cara masyarakat memandang saya telah banyak berubah sejak saya keluar rumah setiap pagi untuk pergi bekerja,” katanya, matanya terpaku pada jalinan nipis itu. “Hari ini, saya rasa dihargai.” – AFP