Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Tukar surat khabar lama jadi karya seni

    WINDHOEK – Seorang artis Namibia, Josefina Awala, dari ibu negara Windhoek menukar bahan buangan dan surat khabar lama kepada karya seni seperti bakul penyimpanan dan barang kemas.

    “Saya mengumpul surat khabar lama, menciptanya semula menjadi sesuatu yang baharu,” kata artis berusia 37 tahun itu.

    Awala mendapati dirinya tertarik kepada seni mengitar semula surat khabar menjadi bakul pada 2019, selepas menamatkan ijazah sarjana dalam International Contemporary Art and Design Practice pada 2018.

    “Selepas belajar, saya bergelut untuk mendapatkan pekerjaan dalam keadaan ekonomi yang semakin merosot. Ia adalah modul kitar semula yang saya pelajari pada tahun akhir pengajian yang memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan kitar semula sebagai seni mencari pendapatan,” katanya.

    “Ia sekarang sumber pendapatan saya.”

    Josefina Awala, mempamerkan bakul yang diperbuat daripada surat khabar lama di pasar terbuka di Windhoek, Namibia. – Xinhua

    Dengan pelbagai karya seni yang dihasilkan sejak itu, projek itu telah berkembang menjadi lebih daripada sekadar usaha menjana pendapatan. Selain daripada keuntungan ekonomi, mengubah sisa menjadi karya seni membantu melindungi alam sekitar.

    “Menggunakan surat khabar lama adalah kos efektif dan mengurangkan sisa yang mencemarkan alam sekitar,” kata Awala.

    Menurut artis itu, hanya dengan membuat satu bakul kecil, dia menyelamatkan alam sekitar daripada tiga surat khabar bersaiz A3 yang mungkin dibuang.

    “Apabila saya membuat 30 bakul, awda boleh bayangkan sebahagian besar sisa buangan daripada alam sekitar,” kata Awala.

    Surat khabar dan bahan buangan lain diperoleh secara tempatan, manakala yang lain disumbangkan oleh syarikat selepas berita tentang usaha beliau tersebar luas.

    Sejak itu Awala telah membuat kira-kira 500 bakul daripada surat khabar lama. Kebanyakan penduduk tempatan dan pengunjung membelinya sebagai cenderamata.

    “Saya lebih menyayangi kerjaya saya, menyedari seni adalah penting, terutamanya semasa krisis ini di tengah-tengah peluang pekerjaan yang terhad,” katanya.

    “Lebih-lebih lagi, kerana kesan positif seni terhadap alam sekitar.”

    Dalam pada itu, Awala turut berkongsi kemahirannya untuk memperkasakan artis tempatan yang lain terutama mereka yang belajar sendiri di luar bandar untuk meningkatkan kualiti produk mereka. Projek lain termasuk mendandan kanak-kanak muda berbakat dan meningkatkan perpaduan di kalangan artis.

    Walaupun menghadapi cabaran seperti akses tidak mencukupi kepada pasaran dan kekurangan sokongan dan pemahaman daripada pihak berkuasa, Awala berkata, dia berharap untuk mengembangkan usahanya, yang didaftarkan secara rasmi sebagai Akademi Seni Shanangolo. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...