Saya sebagai salah seorang penjaja mingguan di Bandarku Ceria ingin mengusulkan satu cadangan kepada pihak berkenaan mengenai penukaran waktu dan tempat aktiviti Bandarku Ceria.
Saya ingin menyuarakan agar waktu aktiviti Bandarku Ceria dilakukan pada waktu petang atau malam. Ini demi keselesaan para peniaga dan pengunjung berpanas ketika waktu pagi dan apa tah lagi ketika jam 9 pagi. Waktu baharu yang diusulkan itu juga berdasarkan ketika ia diadakan pada waktu malam musim lalu, ketika sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Dalam masa yang sama, saya ingin juga mengusulkan Bandarku Ceria ini juga diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu dari hari Jumaat hingga Ahad bermula pada waktu petang hingga malam. Bagi orang ramai yang melakukan aktiviti beriadah dan berbasikal usulkan untuk diadakan di kawasan stadium yang luas seperti di kawasan pejabat-pejabat kerajaan dan Taman Menteri Besar. Ini bertujuan untuk membolehkan ia diselaraskan dengan pasar mingguan di bawah tangga stadium negara dan tayangan gambar dari Pusat Sejarah, promosi membaca dari Dewan Bahasa dan Pustaka serta membantu para belia untuk menjual barangan kraf tangan mereka. Diharap cadangan saya ini mendapat perhatian dari pihak kerajaan untuk dipertimbangkan bagi kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini.
Abdullah