Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Tular foto Leonardo DiCaprio dikelilingi model cantik

    AMERIKA – Kehadiran pelakon, Leonardo DiCaprio di sebuah pesta di Miami, Amerika Syarikat mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat berbual mesra dengan beberapa orang model terkenal.

    Menurut sumber seperti yang dipetik PageSix, aktor berkenaan datang seorang diri tanpa ditemani Gigi Hadid yang dikatakan rapat dengannya sebelum ini.

    Walaupun memakai pelitup muka, bentuk fizikal dan perwatakan DiCaprio masih boleh dikenali oleh tetamu yang hadir pada acara itu.

    “Dia berbual dengan wanita cantik di mejanya. Orang-orang di kawasan VIP itu cuba untuk mendekati dia,” jelas sumber berkenaan.

    Pelakon filem Titanic itu dikatakan tiba selepas pukul 12 tengah malam dan meninggalkan premis berkenaan dua jam selepas itu.

    Ketiadaan Hadid menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat tentang status sebenar hubungan mereka selepas dikatakan mula rapat sejak September lalu.

    Leonardo DiCaprio sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Camila Morrone namun berpisah selepas empat tahun bersama. – Agensi

    DiCaprio datang seorang diri tanpa ditemani Gigi Hadid yang dikatakan rapat dengannya sebelum ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...