Wednesday, November 6, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tumbuhan di simpang jalan sekat pemandangan

    Pelbagai jenis tumbuhan seperti bunga dan pokok mampu menyerikan dan mewarnai suasana di sesebuah kawasan.

    Akan tetapi penanaman segala jenis tumbuhan perlu sesuai pada tempatnya, misalnya di halaman rumah, taman peranginan dan bukan di tepi-tepi jalan keluar masuk.

    Contohnya, ketika saya memandu hendak keluar simpang di sebuah gedung perniagaan di kawasan Serusop, terdapat beberapa tumbuhan yang menghalang pemandangan lalu lintas.

    Jika silap langkah atau tidak awas, para pengguna jalan mungkin saja boleh berdepan kemalangan akibat pemandangan tersekat dek tumbuhan.

    Meskipun tumbuhan tersebut untuk mencantikkan landskap persekitaran tetapi perlu dipastikan juga tentang keselamatan pengguna jalan raya yang keluar dan masuk simpang berkenaan.

    Kalau pun ingin memperindah ruangan tersebut cukuplah dengan menanam tumbuhan rendah yang tidak menjejaskan keselamatan pengguna.

    Justeru, pihak berkenaan perlu memantau dan bertindak untuk memastikan mana-mana tempat khususnya terutamanya di persimpangan jalan agar tidak ditumbuhi dengan apa jua jenis tumbuhan yang menghalang pandangan bagi keselamatan bersama.

    Sawitinggi

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda