Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tumbukan Alvarez kejutkan Kovalev

    NEW YORK, 5 Ogos Eleider Alvarez yang belum pernah tewas mengejutkan Sergey Kovalev semalam, menumpaskan juara Rusia itu tiga kali pada pusingan ketujuh untuk menjuarai gelaran light heavyweight Pertubuhan Tinju Dunia (WBO).

    Alvarez mengejutkan Kovalev dengan tumbukan kencang yang menghantarnya tersandar ke kanvas bagi knockdown terakhir semasa pertarungan itu pada masa 2:45 pusingan ketujuh untuk membawanya kepada gelaran dunia pertama petinju Colombia itu.

    “Saya tidak dapat menjelaskan bagaimana perasaan saya. Saya mahu menunjukkan kepadanya bahawa saya kuat, saya memiliki dagu yang kuat dan bersedia untuk persaingan yang besar.” kata Alvarez.

    Kovalev, 35, cuba untuk membangunkan semula dominannya dalam divisyen light heavyweight bagi ujian tinju pertama sebenarnya sejak tewas berturut-turut kepada Andre Ward pada November 2016 dan Jun 2017.

    Alvarez (kanan) menumbuk Kovalev semasa Gelaran Light Heavyweight WBO/IBA di Hotel Hard Rock, Bandar Atlantic, New Jersey, kelmarin. – AFP

    Kovalev lebih agresif berbanding dua petinju itu dan memenangi majoriti pusingan ketika mara ke pusingan ketujuh.

    Kemudian dia leka dan Alvarez mendapatkan peluang untuk melepaskan beberapa tumbukan kencang dan memenangi pertarungan itu dalam salah satu pertandingan tinju menarik tahun ini.

    Dia menjatuhkan Kovalev buat kali pertama dengan tumbukan tangan kanan ke kepala dan tumbukan tangan kiri kali kedua serta satu tumbukan tepat ke dahi.

    Dia kemudian menewaskannya dengan tumbukan tangan kanan dan gabungan uppercut kiri dan pada kedudukan itu pengadil melangkah dengan pertarungan berbaki 15 saat di depan 5,600 penonton di Hotel Hard Rock di Bandar Atlantic, New Jersey. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda