Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Tumpahan minyak: 100,000 terjejas, 122 sakit di Filipina

    MANILA, 13 MAC – Tumpahan minyak dari sebuah kapal tangki minyak yang karam di luar pantai wilayah Oriental Mindoro, Filipina telah menjejaskan hampir 100,000 orang dan 122 orang sakit, kata gabenor wilayah, Humerlito Dolor, hari ini.

    Pihak berkuasa masih bergelut untuk membendung tumpahan minyak yang bocor dari kapal tangki yang membawa 800,000 liter minyak bahan api industri yang tenggelam pada 28 Februari.

    Dolor memberitahu radio tempatan bahawa 122 penduduk di wilayah itu, barat daya ibu kota Manila, melaporkan gejala berkaitan pernafasan, muntah dan cirit-birit.

    “Pekan Pola rosak teruk, dengan garis pantai di semua perkampungan pantainya dilitupi minyak,” kata Dolor, sambil menambah bahawa bandar itu mengalami kematian ikan, dan beberapa rumpai laut, karang, dan bakau telah rosak.

    Pekan Pola paling terjejas oleh tumpahan itu. Datuk bandar Jennifer Cruz berkata, ramai penduduk telah jatuh sakit, mengalami sakit kepala, sakit perut, pening, sakit dada, kerengsaan mata, batuk dan selesema.

    Pihak-pihak berkuasa meminta nelayan untuk tidak menangkap ikan beberapa jam selepas berita tular mengenai kemalangan laut akibat pencemaran air dan bau minyak yang menutupi pantai.

    Institut Sains Marin di Universiti Filipina telah memberi amaran bahawa tumpahan itu mengancam untuk mencapai kawasan lain di negara itu yang mempunyai kepekatan tinggi ikan pantai, karang, krustasea, moluska, rumput laut dan bakau. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...