Tumpahan minyak, California isytihar darurat

LOS ANGELES, 5 OKT – Gabenor California, Gavin Newsom kelmarin  mengumumkan darurat di Orange County, California Selatan susulan insiden tumpahan minyak di pesisir Pantai Huntington.

“Insiden yang dilaporkan pada Sabtu pagi itu boleh menyebabkan sebanyak 144,000 gelen tumpahan minyak ke Lautan Pasifik,” kata Gavin Newsom, lapor agensi berita Xinhua. – Bernama