Tumpahan minyak Siberia cemari tasik Artik

MOSCOW, 9 JUN – Satu tumpahan minyak yang mencetuskan keadaan darurat telah mencemari sebuah tasik air tawar di Artik Rusia, kata seorang pegawai hari ini, selepas pihak berkuasa mendakwa berjaya mengawal pencemaran tersebut.

Pengumuman itu keluar selepas jurucakap untuk pasukan petugas yang bertanggungjawab atas pembesihan memberitahu AFP pada minggu lalu bahawa tumpahan berjaya dikawal.

Namun pihak berkuasa tempatan di rantau Siberia Krasnoyarsk mengaku pada minggu ini penumpuan air dicemari yang tinggi ditemui di luar sekatan terapung yang didirikan untuk menghalang bahan api daripada merebak.

“Minyak juga telah memasuki Pyasino. Ini adalah tasik cantik kira-kira 70 kilometer panjang. Secara semula jadi, ia mempunyai ikan dan biosfera yang baik,” kata gabenor rantau Krasnoyarsk Alexander Uss, menurut agensi berita Interfax.

Beliau menambah adalah penting untuk menghalang tumpahan minyak daripada sampai ke Sungai Pyasina, yang mengalir ke Laut Kara.

Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan keadaan darurat pada minggu lalu selepas 21,000 tan diesel terbocor daripada tadahan minyak yang roboh pada 29 Mei di luar Norilsk.

Tumpahan mencemari sebahagian besar sungai, mencetuskan usaha pembersihan besar-besaran.

Pengarah Greenpeace di Rusia Vladimir Chuprov memberitahu AFP hari ini bahawa kumpulannya gagal mengakses tapak disebabkan sekatan dikenakan untuk mengekang penularan koronavirus. Beliau berkata ‘bencana’ akan berlaku jika 10,000 tan minyak sampai ke tasik, dan mengkritik pihak berkuasa kerana tidak memberikan maklumat lanjut mengenai skala tumpahan. – AFP