SINGAPURA, 2 Jun – Menteri Pertahanan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof menghadiri Dialog Shangri-La IISS ke-18 yang diadakan di Hotel Shangri-La, Republik Singapura yang bermula 31 Mei lalu sehingga hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, persidangan membincangkan pelbagai isu keselamatan serantau seperti visi Amerika Syarikat untuk rantau Indo-Pasifik, situasi di Semenanjung Korea, perkembangan keselamatan di rantau Asia Tenggara yang berkembang dan cabarannya serta peranan China dalam kerjasama antarabangsa.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)