Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tumpu kepada penyelesaian, kunci kejayaan

    Oleh Sim Y. H. & Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Usahawan yang berjaya tidak melihat masalah sebagai satu halangan tetapi melihat setiap masalah yang terdapat penyelesaiannya sendiri sebagai peluang perniagaan untuk dimanfaatkan.

    “Saya percaya setiap perniagaan yang hebat, satu ketika dahulu, meru-pakan sebuah masalah dalam sembunyi,” jelas Pengerusi Asia Inc Forum, Dato Timothy Ong dalam kata alu-aluannya semasa Forum Town Hall bertajuk Finding Opportunity After The Pandemic: Smart Ideas For Brunei SMEs anjuran Asia Inc Forum yang berlangsung di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Hadir dan menyampaikan ucaptama pada majlis itu ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Turut hadir dan menyampaikan ulasan ialah Pengerusi Bank Baiduri, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah.

    Forum dihadiri oleh lebih 120 orang delegasi yang mewakili pelbagai sektor ekonomi Negara Brunei Darussalam Dalam kata alu-aluannya lagi, Dato Timothy Ong menekankan bahawa terdapat penyelesaian bagi setiap masalah tetapi adakah setiap penyelesaian itu, satu peluang perniagaan.

    Dato Timothy Ong menyampaikan ucapan alu-aluannya semasa Forum Town Hall di Hotel Radisson.
    Antara ahli panel yang menyertai forum tersebut.

    Beliau menyatakan bahawa apa yang menjadikan usahawan dan pengurus perusahaan yang berjaya berbeza daripada yang lain adalah mereka bukannya menumpukan kepada masalah tetapi mereka lebih cenderung kepada menumpukan kepada penyelesaiannya.

    Forum itu menyaksikan dua sesi pembentangan dan perbincangan bertenaga serta interaktif yang dipimpin oleh panel yang terdiri daripada pengasas dan tokoh perniagaan dari dalam dan luar negara.

    Panel perbincangan pertama bertajuk Thinking Outside the Box: Interesting Ideas from the Private Sector mengongsi perspektif daripada Pengasas Jana Kapital, Haji Aidil Salleh; Pengasas BEEP Technologies, Awang Denny Muslim; Pengasas Bersama Rumine Corporation, Dayang Sarinah binti Ziziumzia; Pengasas Bersama En Evo, Dayang Siti Norasyidah binti Haji Kariya dan melalui sambungan video Zoom, Pengasas Virtualahan, Filipina, Ryan Gersava.

    Panel perbincangan kedua bertajuk Smart Ideas for Brunei SMEs: Preparing for 2023, menyaksikan perkongsian perspektif daripada Ketua Pembiayaan Perdagangan dan Perbankan Korporat, Bank Baiduri, Leonard Lee; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB),

    Daniel Leong; Pengasas Lily Imani Enterprise, Eat Well Co. & Home Suite Home Co. RCCA, BE International, Liyana Latif; Ketua Pegawai Strategi Korporat, Awang Johan bin Dato Dr Haji Johar dan melalui Zoom, Rakan Kongsi Kanan, Scaleup Malaysia, Renuka Sena.

    Forum merupakan sebahagian daripada program Transform 2022 Asia Inc Forum dengan kerjasama Bank Baiduri sebagai penaja pembentangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...