Tumpu usaha tangani kelembapan ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 JULAI – Kerajaan sedang memberi tumpuan terhadap usaha bagi menangani kelembapan ekonomi negara sebelum bertindak merangka Belanjawan 2021.

Malah, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan kementerian terbabit akan turut melibatkan rakyat serta komuniti perniagaan bagi mendapatkan input untuk belanjawan berkenaan.

“Masih terlalu awal untuk berbicara mengenai Belanjawan 2021 kerana kita akan hanya mengumumkannya pada November depan.

“Namun, apa yang penting adalah kita perlu mula melibat urus perniagaan dan rakyat sekarang.” – Bernama