Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Tumpuan Megah sediakan perkhidmatan pengisian bahan api di Labuan

    LABUAN, 26 OKT – Anak syarikat Straits Energy Resources Bhd, Tumpuan Megah Development Sdn Bhd (Tumpuan Megah) sedang mengembangkan perdagangan minyak dan perkhidmatan penampungan bahan apinya kepada kapal gas asli cecair (LNG) di perairan Labuan.

    Pengisian bermaksud pembekalan bahan api untuk kegunaan kapal termasuk logistik pemuatan dan pengagihan bahan api antara tangki kapal yang tersedia.

    Jurucakap Tumpuan Megah Datuk Seri Patrick Tiong berkata syarikat itu akan menyediakan perkhidmatan pengisian dan perkhidmatan berkaitan kepada kapal antarabangsa dan domestik yang melalui perairan Labuan.

    Operasi pertamanya melibatkan pembekalan sebanyak 4,000 tan metrik minyak bahan api sulfur rendah (LSHFO) kepada sebuah kapal tangki LNG baru-baru ini.

    “Perkhidmatan pengisian tersebut melibatkan pembekalan LSHFO yang tidak terdapat di pulau itu atau negera jiran.

    “Ini akan membantu meningkatkan reputasi dan imej Labuan sebagai hab pengisian bahan api baharu di rantau ini,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...