Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    ‘Tumpuan penuh untuk Portugal’

    LISBON, 15 NOV – Cristiano Ronaldo sentiasa gembira apabila bermain untuk Portugal dan masalahnya di Manchester United tidak akan menjejaskan kempen memburu kejuaraan Piala Dunia, kata rakan senegaranya, Joao Mario, kelmarin.

    Bintang itu mengkritik United dalam temu ramah ‘panas’ beberapa hari sebelum kejohanan di Qatar bermula, sambil berkata dia rasa seperti ‘dikhianati’ oleh kelab dan tidak lagi menghormati pengurus kelab, Erik ten Hag.

    Ronaldo, 37, kini bersiap sedia untuk memimpin Portugal di dalam Piala Dunia.

    “Dia sentiasa gembira apabila dia berada di dalam pasukan kebangsaan,” pemain tengah Benfica, Joao Mario memberitahu wartawan.

    “Saya nampak dia kelmarin dan dia baik seperti selalu. Seperti yang dia katakan sebelum ini, ia satu penghormatan untuk berada di sini (Portugal). Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada pasukan kebangsaan.

    Aksi Cristiano Ronaldo semasa menjalani latihan bersama rakan sepasukannya di Lisbon. – AP

    “Saya tidak nampak sebarang isu berkenaan temu ramah tersebut kerana semua orang asyik berkata mengenai Cristiano, jadi ia okay bagi kami.”

    Ronaldo meluahkan rungutannya dalam sesi temu ramah dengan saluran British, TalkTV.

    Pemenang lima kali Ballon d’Or itu menjadi watak sampingan United pada musim ini di bawah jurulatih baharu, Ten Hag.

    Penjaring terbanyak sepanjang masa dalam arena bola sepak antarabangsa itu hanya beraksi empat kali dalam Liga Perdana Inggeris musim ini dengan hanya satu jaringan sahaja.

    Dalam satu mesej yang dimuat naik ke media sosialnya kelmarin, Ronaldo berkata, “Tumpuan penuh dan mutlak untuk pasukan kebangsaan.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...