Tunaikan tarawih, tadarus bersama keluarga di rumah

Pelanjutan penutupan masjid, surau, balai-balai ibadat termasuk minggu pertama bulan Ramadan, justeru orang ramai digalakkan untuk menunaikan ibadah sembahyang Sunat Tarawih dan tadarus Al-Quran di rumah masing-masing bersama ahli keluarga sahaja. – Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Ugama hari ini mengumumkan pelanjutan penutupan sementara masjid, surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara bermula 21 hingga 27 April ini.

(Klik di sini untuk berita lanjut)