Tunggu berita baik sempadan darat

Ketika Brunei menuju ke fasa peralihan dalam beberapa hari saja lagi, negara akan menyaksikan pengurangan langkah-langkah pengawalan secara berperingkat mengikut garis panduan yang disesuaikan.

Namun agak menyedihkan sempadan-sempadan darat di negara ini masih diarahkan untuk ditutup. Sedangkan sebelum berlakunya gelombang kedua, semua perjalanan ulak alik ke Sabah atau Sarawak atas sebab pekerjaan dibenarkan dengan syarat melakukan ujian swab setiap dua kali seminggu atas perbelanjaan sendiri.

Namun sehingga ke hari ini, apa khabarnya berita laluan perjalanan timbal balik antara Brunei-Malaysia? Negara-negara lain sudah banyak berita perjalanan timbal balik ini. Sudah lama ahli keluarga tidak kira, suami, isteri, anak dan ibu bapa yang tua merindu di negara jiran.

Mungkin kebenaran boleh dipertimbangkan bagi mereka yang sudah melengkapkan dos vaksin dan melakukan ujian swab dengan pengaturan majikan seperti perjalanan udara, semata-mata untuk melepaskan rindu dengan ahli keluarga mereka. Mungkin pihak relevan boleh mempertimbangkan perkara ini.

Rindu