Thursday, October 6, 2022
24.9 C
Brunei

Tunggu khabar kemas kini aktiviti sempadan

-

Januari sudah hampir ke penghujung dan Februari menjelang tiba, Tahun Baharu Cina (TBC) menjelang dan tidak lama selepas itu, puasa menyusul, kemudian Aidilfitri.

Ya masa berlalu dengan pantas, namun dengan masa juga rakyat dan penduduk negara ini merancang pelbagai perkara, termasuk percutian untuk Aidilfitri terutamanya bagi umat Islam luar negara sama ada dari Indonesia, Malaysia, Bangladesh, India dan negara-negara lain.

Namun gelembung perjalanan belum lagi kelihatan antara negara ini dengan negara-negara jiran dan berita mengenainya pun hanya berkisar tentang penangguhan aktiviti sempadan yang acap setiap 15 atau 14 hari sekali dikemaskinikan dan terus ditangguhkan.

Dari ura-ura yang saya dengar, kaum Tionghua yang meraikan TBC sudah pun dibenarkan melalui sempadan darat menggunakan kereta (berita tidak dapat dipastikan sama sahih atau sebaliknya). Tetapi jika benar, adakah Aidilfitri akan menyaksikan perubahan kelak?

Diharapkan sedikit pencerahan dapat diberikan oleh pihak berkenaan, kerana ramai yang mengharapkan dapat beraya bersama keluarga tahun ini jika perjalanan pulang dipermudahkan dan jika dapat, dimaklumkan awal mengenainya supaya warga asing luar yang ingin pulang mendapat penjelasan lanjut, manakala talian hotline yang diwar-warkan, diharap aktif selalu kerana bila ditelefon, tiada yang menjawab.

Selain itu, warga asing yang ingin pulang dapat merangka bajet, cuti dan sebagainya bila perkara ini dijelaskan awal, sementelah lagi kedengaran sekarang permohonan untuk keluar perlu dibuat sebulan atau dua bulan awal.

Rindu keluarga

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -