Tunisia arah perintah berkurung

TUNIS, 7 MEI – Tunisia hari ini mengarahkan perintah berkurung separa bermula Ahad ini bagi cuti panjang seminggu menjelang perayaan Aidilfitri, memberi amaran sebarang peningkatan dalam jangkitan koronavirus boleh membebankan kemudahan penjagaan kesihatan.

Mengumumkan langkah itu hari ini, Perdana Menteri Hichem Mechichi mengatakan Tunisia kini berdepan ‘krisis kesihatan terburuk dalam sejarahnya’, dengan masjid, pasar dan perniagaan tidak penting ditutup. – AFP