Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Tunisia, Bank Dunia tandatangani perjanjian perangi COVID

TUNISIA, 14 JUN – Tunisia dan Bank Dunia kelmarin telah menandatangani perjanjian pembiayaan tambahan bernilai AS$23.8 juta bagi membantu memerangi pandemik COVID, lapor Xinhua.

Pembiayaan tambahan pusingan kedua itu akan mengukuhkan lagi kapasiti penjagaan klinikal, kecemasan dan pembedahan di negara itu, menurut Kementerian Ekonomi dan Perancangan Tunisia dalam satu kenyataan.

Menteri Ekonomi dan Perancangan Tunisia, Samir Saied dan Pengurus Negara Bank Dunia untuk Tunisia, Alexandre Arrobbio telah menandatangani perjanjian itu dalam satu majlis yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Tunisia, Ali Mrabet.

Saied turut menekankan kemantapan kerjasama kewangan dan teknikal antara Tunisia dan Bank Dunia, memuji organisasi antarabangsa itu sebagai antara rakan kongsi terpenting dalam pembangunan ekonomi dan sosial Tunisia.

Projek awal bernilai AS$20 juta yang diluluskan Bank Dunia pada 2020 telah membantu Tunisia membeli peralatan pelindung diri dan pembiayaan tambahan sebanyak AS$100 juta pada 2021 menyokong pembelian serta penggunaan vaksin bagi lebih 50 pe-ratus penduduk negara itu, katanya. 

Sementara itu, Arrobbio berkata, Bank Dunia juga bersedia untuk terus memberikan sokongan yang diperlukan kepada Tunisia. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -