TUNIS, 3 Okt – Menteri Luar Tunisia, Khemaies Jhinaoui mengesahkan kelmarin bahawa beliau telah menerima cadangan dari Indonesia untuk mewujudkan perkongsian perdagangan bebas di antara kedua negara.
Jhinaoui membuat kenyataan itu semasa lawatan rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi.
Beliau berkata kerjasama daripada kedua-dua pihak bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dua hala melalui Jawatankuasa Bersama Tunisia-Indonesia yang telah beroperasi semula selepas penggantungan selama sembilan tahun. Kedua-dua menteri itu bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dua hala yang saling menguntungkan dalam bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, latihan diplomatik dan memerangi keganasan.
Menurut Marsudi, kunjungannya akan menggalakkan pengambilalihan potensi pelaburan baru sebagai sebahagian daripada projek perkongsian awam-swasta di kedua-dua negara.
Jumlah dagangan semasa antara Tunisia dan Indonesia adalah antara 120 dan 150 juta dinar (antara AS$48 dan AS$60 juta).