Tunisia umum berjaya perangi COVID-19

TUNIS, 15 JUN – Perdana Menteri Tunisia Elyes Fakhfakh semalam mengumumkan negara ini telah berjaya dalam perjuangan melawan COVID-19 apabila tiada lagi kes baharu dicatatkan, lapor agensi berita Anadolu.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh saluran televisyen tempatan, beliau berkata rakyat Tunisia sepatutnya berbangga kerana berjaya membendung wabak itu.

“Kita sudah berjaya keluar daripada krisis kesihatan yang besar dan dengan hanya mengalami sedikit kerosakan,” katanya.

Beliau berkata pintu sempadan Tunisia akan dibuka semula pada 27 Jun.
Sejak pandemik melanda, Tunisia sudah membawa balik 25,000 rakyatnya dari luar negara. – Bernama