Tunjuk perasaan bantah perintah berkurung di AS

HARRISBURG, AMERIKA SyYARIKAT, 20 APRIL – Bunyi bingit hon ratusan kenderaan memenuhi ruang udara Pennsylvania semalam, sebagai bantahan terhadap perintah berkurung yang dilaksanakan untuk memerangi pandemik COVID-19.

Dalam demonstrasi selama kira-kira tiga jam itu, ramai memandu pikap yang dihias dengan bendera AS atau slogan menuntut kebebasan.

Peserta demonstrasi itu yang mendakwa bahawa peraturan kesihatan awam menjejaskan kebebasan ekonomi, berkumpul selepas bantahan serupa diadakan di tempat lain dan Presiden Amerika Syarikat (AS) menulis di Twitter sokongan kepada mereka pada minggu lalu.

Demonstrasi itu bagaimanapun gagal mempengaruhi majoriti rakyat yang menyokong langkah berkurung di dalam rumah bagi memutuskan rantaian virus terbabit.

Selain kenderaan, ratusan individu yang kebanyakannya tidak memakai topeng muka walaupun menyedari ancaman virus itu, berkumpul di tangga bangunan kerajaan. Turut serta dalam tunjuk perasaan itu ialah perwakilan Kongres daripada Republikan.

Ahli Parlimen, Aaron Bernstine, berkata ‘normal baharu tidak bermaksud kami akan mengorbankan kebebasan kami untuk keselamatan negara’. – AFP

Orang ramai mengambil bahagian dalam demonstrasi ‘pembukaan semula’ Pennsylvania di Harrisburg, Pennsylvania. – AFP