Tunjuk perasaan di Belarus, seorang terbunuh

MINSK, 10 OGOS – Seorang penunjuk perasaan terbunuh dan berpuluh-puluh cedera ketika polis di Belarus menggunakan bom tangan, peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan para penunjuk perasaan yang mempertikaikan keputusan pilihan raya, kata sebuah kumpulan hak asasi terkemuka hari ini.

Pusat Hak Asasi Kemanusiaan Viasna mengatakan seorang penunjuk perasaan, lelaki muda telah mengalami kecederaan parah di kepala ketika dilanggar oleh kenderaan polis namun pegawai perubatan tidak dapat menyelamatkannya. – AFP