Tuntut lebih banyak lagu untuk Blackpink

Peminat kumpulan Blackpink iaitu Blink menunjukkan protes terhadap syarikat rakaman kumpulan itu iaitu YG Entertainment.

Blink menuntut label itu menguruskan kerjaya Blackpink dengan adil dan merakam lebih banyak lagu baharu seperti mana kumpulan lain yang bernaung dalam agensi itu. Blink bertindak mengumpul dana untuk memasang papan iklan bergerak tertulis Blink Demands for Blackpink yang diletakkan di hadapan pejabat YG Entertainment.

Kumpulan peminat itu berpendapat Blackpink tidak dipromosikan seperti mana artis lain di bawah label berkenaan biarpun kumpulan itu sudah mencipta beberapa rekod bertaraf antarabangsa. Mereka turut membandingkan keseluruhan lagu Blackpink sejak mula ditubuhkan pada tahun 2016 hanya 14 buah lagu sahaja.– Agensi

Blink menuntut label itu menguruskan kerjaya Blackpink dengan adil dan merakam lebih banyak lagu baharu seperti mana kumpulan lain yang bernaung dalam agensi itu. – Agensi