Thursday, February 20, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tuntut pampasan hanya satu yen

    TOKYO, 24 Mei – Peguam bagi jurulatih bola sepak Jepun yang dipecat, Vahid Halilhodzic telah memfailkan satu tuntutan mahkamah ke atas bekas majikannya hari ini, setelah mendakwanya kerana ‘menjejaskan reputasi dan kehormatan’ termasuk meminta bagi pembayaran pampasan sebanyak satu yen.

    Tindakan Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) menyingkirkan Halilhodzic bulan lalu, telah mencetuskan kemarahan pasukannya, yang membantah keputusan itu sebagai satu tindakan yang salah.

    Peguam Lionel Vincent telah mendesak bagi penjelasan dan permohonan maaf, menuduh presiden JFA, Koso Tashima kerana memecat bekas jurulatih Algeria itu, dua bulan menjelang Piala Dunia tanpa berunding bersama ahli lembaga pengarah.

    Gambar fail bertarikh 27 April 2018 menunjukkan Vahid Halilhodzic semasa sidang media di Tokyo. Dia telah menuntut bagi permohonan maaf dan bayaran pampasan setelah dipecat oleh presiden JFA baru-baru ini. – AP

    “Ia bukan mengenai wang untuk Vahid. Dia membawa Jepun ke Piala Dunia dan dia tidak mahu menjadi ‘kambing hitam’ yang kelihatan dungu. Dia benar-benar rasa kesal dan terasa dikhianati,” kata Vincent kepada AFP.

    “Presiden Tashima telah bertindak melanggar peraturan tadbir urus JFA, jadi kami me-minta bagi permohonan maaf secara rasmi.”

    Namun di sebalik mencari tuntutan yang besar, Halilhodzic hanya menuntut bayaran pampasan sebanyak satu yen yang dilihat sebagai simbolik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda