Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tuntutan lima dekad Sabah akan dibayar

    KOTA KINABALU, 16 FEB – Perjuangan lima dekad mengenai tuntutan oleh kerajaan Sabah akhirnya tercapai, hasil perbincangan ‘mesra dan wajar’ antara negeri dengan Kementerian Kewangan baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    Beliau berkata Kementerian Kewangan Persekutuan dan negeri memberi taklimat kepada Kabinet masing-masing hari ini mengenai keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Bersama (JCC) mengenai semakan geran tahunan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan antara Kementerian Kewangan Persekutuan dengan negeri.

    Difahamkan, kedua-dua pihak telah mengesahkan semua resolusi, kata Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu, dalam kenyataan di sini hari ini.

    Dalam ucapan tahniah kepada kedua-dua pihak atas perbincangan mesra dan wajar itu, walaupun kadangkala wujud perselisihan terhadap tuntutan undang-undang dan hak perlembagaan masing-masing, Ongkili berkata beliau amat berbangga dengan kerajaan Sabah atas kesungguhan dan kerja keras dalam memperjuangkan haknya.

    “Sabah akan menerima peningkatan hampir lima kali ganda dalam geran tahunan, iaitu lebih dua kali ganda jumlah yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada masa itu kepada kerajaan pimpinan parti Warisan.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...