Turki batal perintah berkurung

ANKARA, 5 JUN – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan hari ini membatalkan perintah berkurung hujung minggu yang diperkenalkan untuk menghentikan penularan koronavirus, menyatakan kebimbangan berhubung ekonomi.

Turki telah dikenakan lockdown pada hujung minggu dan cuti awam sejak April, dan kementerian dalam negeri berkata pada awal hari ini bahawa 15 buah bandar akan ditutup sekali lagi pada hujung minggu. – AFP